PENGENALAN GERAI KUIH MUIH DAN TEMPAHAN


Pelbagai Juadah Menanti Anda

KLIK BORANG INI UNTUK TEMPAH ONLINE


 geraikuih.com  dahulunya dikenali sebagai Gerai Karipap Panas. Ianya sebuah gerai menjual kuih-muih Melayu berlesen DBKL. Kami juga menyediakan khidmat penghantaran sekitar Kuala Lumpur. Gerai ini terletak di tepi jalan, Jalan Wangsa Melawati 3, KUALA LUMPUR dan telah beroperasi semenjak tahun 2000.

Kami menjual pelbagai jenis kuih dan makanan bermasak yang enak. Sebahagiannya dimasak sendiri dan selebihnya dihantar oleh para pembekal sekitar sini seramai 35 orang.

 geraikuih.com  dibuka setiap hari kecuali pada perayaaan Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Waktu perniagaan ialah 6.45 pagi hingga 6 petang.

Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan tempahan kuih-muih. Paling mudah anda boleh order kuih secara online dengan menggunakan smartphone kerana laman web ini "mobile friendly"



  • SMS / WhatsApp  012 974 8909
  • Facebook kami  fb.com/geraikuih 
  • E Mail ramli2020@gmail.com
  • Alamat : Lot 3027/8 , Jalan Wangsa Melawati 3, Wangsa Melawati, 53300 KL. 
Lain-lain nombor boleh dihubungi :016 298 6748 , 016 353 2919, 014 365 3431.

KLIK BORANG DIBAWAH UNTUK TEMPAH ONLINE

JALAN-JALAN CARI MAKAN KAT WANGSA MELAWATI




Beginilah suasana pagi/petang di Jalan Wangsa Melawati 3.


Pelbagai gerai ada menyediakan makanan seperti karipap panas, pisang goreng cheese, putu bambu, cakoi, keropok lekor, apam balik, popia basah , laksa buyung, mee rebus Johor, putu piring, cendol, cakoi, air soya, jambu batu, tafufah,  dan macam macam lagi. Kedai Kek Zidni  pon ada kat kedai belakang tu, kalau nak tempah kek harijadi. 

Sebelah pagi boleh pekena Roti Bom atau roti canai kat Gerai Asam Pedas. Gerai nasi lemak pun ada. Kedai Kek Zidni ada minum pagi dengan roti canai wholemeal untuk kesihatan.

Tengahari ada nasi campur Asam Pedas Melaka, Nasi Padang,nasi ayam dan gerai Tomyam.

Sebelah petang, setelah penat bekerja boleh berehat sekejap minum teh tarik sambil makan pisang goreng panas kat gerai-gerai di sini. Sementara tu boleh order tomyam untuk dibawa pulang.

Malam? Tomyam, Burger Oblong Ramly, Tortilla, Char Koey Teow. Gerai kuih TUTUP. 

Bagi mereka yang tak familiar area ni, cari Giant Hulu Kelang atau Aeon Big atau WangsaWalk. Kalau tau tempat-tempat ni, dah tak jauh la tu (kurang dari 1km). Kalau guna Waze atau Google Maps, taip geraikuih.com    

Bila nak mai?
wangsa melawati
Add caption

KLIK BORANG INI UNTUK TEMPAH ONLINE